Sebarang pertanyaan dan Permohonan sebagai Agen Pengedar:
013 929 9944
Skiky Smooth Hand & Body Lotion - RM9.80 (50ml)
Skiky Smooth Body Scrub - RM19.80 (150ml)
Herbal Body Soap Citronella - RM13.80
Herbal Facial Cleanser Cinnamon - RM18.00
Herbal Facial Cleanser Clove - RM18.00
Nutrifera merupakan satu jenama rangkaian produk berasaskan bahan asli untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri. Produk-produk Nutrifera mendapat pengiktirafan Halal, diformulasi khusus dan dipertingkatkan kualiti melalui kaedah bioteknologi di kilang bertaraf GMP milik penuh Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB), sebuah anak syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Wednesday, 7 December 2011
Rawatan dan Komplikasi Ekzema Atopik
Sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan tekanan perasaan.
Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik. Penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.
Kanak-kanak dan Bayi
Penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan bayi yang berusia kurang 2 tahun. Bagi kanak-kanak pula, mereka biasanya berumur antara 2 hingga 6 tahun.
Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.
Biasanya ekzema di kalangan kanak-kanak membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.
Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala. Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.
Lepuhan
Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal.
Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Kajian mendapati, seorang dalam setiap 6 kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema.
Di Amerika Syarikat, 3% penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10% terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema. Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.
Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini, ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak.
Makanan Mencetuskan Ekzema
Sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema. Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema.
Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang.
Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan.
Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia 5 tahun. Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya 5% penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.
Tanda-tanda
Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal. Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:
Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.
Rawatan
Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.
Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak.
Contoh sabun yang mempunyai pelembap semulajadi berasaskan Minyak Kelapa Dara – Nutrifera Herbal Body Soap dan Nutrifera VCO Aromatherapy Soap
Ubat histamine
Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru. Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk. Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
Ubat sapu (topikal steroid)
Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat. Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.
Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit. Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
Mengurangkan jangkitan
Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.
Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.
Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.
Komplikasi
Panduan
* Pengambilan Health Supplement Virgin Coconut Oil dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.

- Mengelupas
- Bersisik
- Kemerah-merahan
- Kulit yang kering
- Penebalan kulit
- Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

- Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
- Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).
- Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.
- Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman. Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering. Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.
- Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius. Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.
Panduan
- Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
- Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
- Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
- Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
- Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan menggunakan bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
* Pengambilan Health Supplement Virgin Coconut Oil dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.
Gastrik Dan Pencegahannya
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
PUNCA PENYAKIT GASTRIK:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insya Allah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, makanan segera, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
TANDA-TANDA LAIN:
Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

- Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
- Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
- Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
- Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
- RAWATAN PENYAKIT GASTRIK:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan lain-lain.
- Elakkan makan terlalu kenyang.
- Elakkan cuka, makanan yang pedas.
- Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
- Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
- Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti Milk of Magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
- Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
- Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Virgin Coconut Oil
Banyak khasiat dan manfaat yang anda akan perolehi apabila mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara. Antara khasiatnya ialah :
KECANTIKAN LUARAN
- membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolik
- menghasilkan tenaga segera
- jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
- mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis
- melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet
KESIHATAN DALAMAN
- meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 dan asid amino
- melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
- mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh
- meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
- mencegah risiko sakit jantung
- mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
MENINGKATKAN DAYA TUBUH BADAN
- membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
- berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
- melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
- meredakan gejala2 yg dihubungkan dgn pembesaran prostate
- mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
- membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yg lebih rendah berbanding lemak2 yg lain
MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
- membunuh virus yg menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis c, cacar air & herpes
- membunuh bakteria yg menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis & gonorrhea
- membunuh kulat yg menyebabkan candida, jock itch, kadas & infeksi yg lain
- membunuh cacing pita, lice, giarda & parasit
KESAN SEGERA PENGAMBILAN VCO
Antara kesan segera pada tubuh apabila menggunakan VCO adalah :
Melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
Mengurangkan pembuangan air besar dan kecil
- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
-minyak kelapa dara diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga
Memusnah organisma perosak
-seperti virus, bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar. jadi penghadaman mencapai tahap maksima
Mengurangkan keadaan mudah lapar
-bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal-tidak perlu makan banyak dan kerap
Mengurangkan kandungan lemak badan
-berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
-mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
-mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit
Subscribe to:
Posts (Atom)